Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Emmanuel Macron yang merupakan salah seorang daripada calon pilihan raya Presiden Perancis berhadapan dengan tentangan yang hebat apabila beliau mengkritik sejarah kolonial negara Eropah itu.
Beliau kini terpaksa menjelaskan komen terdahulunya berkaitan era kolonialisasi Perancis yang dibuat di dalam sebuah temu ramah dengan rangkaian televisyen Algeria pada hari Selasa. Isu tersebut merupakan sebuah perkara yang sangat sensitif di Algeria memandangkan rakyat negara itu terpaksa mengharungi peperangan berdarah di dalam mencapai kemerdekaan mereka daripada Perancis.
"Kolonialisasi adalah sebuah jenayah. Jenayah ke atas kemanusiaan. Perkara itu sangat buas dan merupakan (fenomena) masa lampau yang perlu kami hadapi dengan memohon maaf kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepada jenayah itu," kata Macron.
"Di dalam masa yang sama, kita tidak boleh 'menyapunya di bawah permaidani' sahaja... Terdapat sebuah frasa berkaitan Algeria: "Perancis menubuhkan hak asasi manusia di Algeria. Akan tetapi mereka lupa untuk berpegang kepada prinsip itu," tambah ahli politik tersebut yang mengkritik masa lampau negaranya.
Marine Le Pen yang kini mendahului kesemua calon yang lain mengatakan bahawa kenyataan itu merupakan sebuah pengkhianatan. Le Pen walau bagaimanapun dijangkakan akan tewas kepada Macron jikalau kedua-dua calon itu berjaya meneruskan persaingan ke pusingan yang kedua di dalam pilihan raya itu.
/315
17 Februari 2017 - 17:59
News ID: 812332
Emmanuel Macron yang merupakan salah seorang daripada calon pilihan raya Presiden Perancis berhadapan dengan tentangan yang hebat apabila beliau mengkritik sejarah kolonial negara Eropah itu.